2

1

Produk Muslim. MyShine GlutaGen Berries ++ Vit E. Menyerlahkan Kejelitaan, Keceriaan & Kelansingan.

Dec 22, 2014

CHRISZEN TUBE MASK




Setiap helai topeng muka di dalam Chriszen Tube Mask ini mengandung ramuan semulajadi seperti ekstrak daun gelam wangi, arbutin, Tuber Melanosporum serta vitamin C dan B3 yang bukan sahaja mampu merawat masalah kulit yang dihadapi, malah turut bertindak mengekalkan keanggunan kulit wajah anda secara efektif.

Chriszen Tube Mask terdapat dalam 3 jenis untuk mengatasi masalah kulit yang berbeza:

1) Moisturizing

Pek Moisturizing dirumus daripada ekstrak Aloe Vera dan bunga Chamomile yang berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, mencegah masalah radang serta membantu meningkatkan kesegaran kulit wajah anda sepanjang hari.

2) Brightening

Pek Brightening sarat dengan kebaikan dari sumber vitamin C dan arbutin yang diesktrak dari buah bearberi serta bertindak meningkatkan kecerahan kulit wajah seterusnya membantu mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata. Ia juga terbukti dapat melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan serta proses penuaan yang disebabkan oleh pancaran ultraviolet (UV).

3) Anti-Acne

Pek Anti-Acne pula diperkaya dengan kebaikan ekstrak daun Tea Tree atau gelam wangi serta Witch Hazel yang terbukti dapat membantu anda mengatasi masalah jerawat sekaligus menjadikan kulit wajah anda tampil lebih sempurna tanpa cela.

KEBAIKAN CHRISZEN TUBE MASK
         Membantu memelihara kelembapan dan kelembutan kulit wajah
         Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
         Membantu mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
         Mengatasi masalah pigmentasi
         Meningkatkan kecerahan kulit
         Membantu mencegah dan mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kulit kusam
         Mengurangkan kesan cela seperti parut, jeragat mahupun tanda penuaan
         Menyegarkan lagi kulit
         Menyerlahkan keremajaan kulit wajah anda

KANDUNGAN CHRISZEN TUBE MASK

Air (Aqua): Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.

Asid Hyaluronic: Asid Hyaluron merupakan karbohidrat yang berfungsi sebagai bahan pelembap kulit yang baik dan membantu memelihara tisu kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering.

Minyak Tea Tree: Ekstrak daun dari pokok T-tree atau gelam wangi kaya dengan zat terpenoid serta bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman, membantu memulihkan luka, mengatasi kesan alahan pada kulit di samping berupaya memperbaiki struktur kulit, mengatasi masalah kulit seperti jerawat, ekzema, radang dan kegatalan serta menyejukkan dan mendinginkan kulit.

Arbutin: Arbutin merupakan ekstrak dari buah bearberi yang berperanan sebagai agen pencerah kulit semulajadi tanpa merosakkan sel kulit. Ia turut berupaya membantu mengimbangi tona kulit agar lebih sekata, membantu mengatasi masalah kulit termasuk kulit sensitif dan alahan di samping melindungi dan memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).

Vitamin C: Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.

Tuber Melanosporum (Black Truffle): Black truffle merupakan sejenis kulat yang tumbuh pada bahagian akar pokok serta banyak terdapat di Eropah sejak 200 tahun dahulu. Ia bertindak membekalkan vitamin untuk kulit seterusnya membantu mengekalkan kelembapan serta kehalusannya. Di samping itu, kandungan asid lemak di dalam kulat ini juga berupaya mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus sekaligus menyerlahkan lagi seri dan keremajaan kulit anda.

Niacinamide (Vitamin B3): Niacinamide merupakan sebatian yang mengandungi fungsi antioksida yang meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu menentang radang.

Asid Glycolic: Asid glycolic merupakan antara ramuan yang sering digunakan di dalam produk kosmetik kerana kebaikannya untuk kecantikan kulit. Ia terhasil daripada tebu dan tergolong dalam keluarga asid hidroksi alpha atau AHA. Asid glycolic berupaya menyingkirkan sel kulit mati bagi menyerlahkan kehalusan kulit di samping bertindak sebagai anti-penuaan bagi memelihara keremajaan kulit. Di samping itu, ia turut berupaya meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta mengatasi masalah jerawat, bintik-bintik hitam mahupun kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari.

1.3-Butylene Glycol: Butylene glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi melarutkan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.

Spiraea Ulmaria: Tumbuhan yang turut dikenali sebagai Meadowsweet ini berasal dari Eropah dan Asia Barat. Selain membantu mencegah masalah radang dan membasmi jangkitan bakteria yang boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat, herba yang bersifat astringen ini juga bertindak menegangkan tisu tubuh seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.

Biosulphur: Biosulphur mengandungi sejenis belerang yang membantu membasmi bakteria serta mengurangkan penghasilan sebum atau minyak pada kulit seterusnya mengurangkan masalah jerawat.

Witch Hazel:Ekstrak daun Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Grapefruit: Ramuan ini berfungsi untuk mencerahkan dan melembapkan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit dari sinaran ultraungu yang boleh merosakkan kulit. Ia juga bersifat anti-bakteria dan anti-virus dan mampu memelihara tubuh daripada jangkitan.

Dipotassium Glycyrrhetinate: Sebatian ini merupakan garam yang diekstrak daripada akar likuoris. Selain membantu memulihkan struktur kulit dan menentang proses penuaan, dipotassium glycyrrhizate juga berupaya mencerahkan kulit serta membantu mengatasi masalah kulit seperti radang, kegatalan, jerawat dan pigmentasi.

Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.

Sodium Hyaluronate: Seperti asid Hyaluron yang mengandungi kadar molekul yang lebih banyak berbanding sodium hyaluronate, ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam lapisan kulit.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Hydroxyethylcellulose: Sebatian ini merupakan agen penebalan dan berfungsi sebagai gel selain berperanan menggalakkan penghasilan buih sabun.

Chamomilla Recutita (Matricaria): Lebih dikenali dengan nama Chamomile, bunga ini mengandungi Flavonoid yang amat berkesan untuk merawat penyakit kulit sensitif serta vitamin B yang terkandung di dalam ekstraknya pula berperanan melega, melembap dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kawasan tubuh. Selain itu, bunga Chamomile mampu mengurangkan kemerahan pada kulit, membersih kulit di samping membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti radang kulit, ekzema, ruam, jerawat, psoriasis atau kegatalan serta kesan alahan kulit.

Scleroglucan: Scleroglucan merupakan sejenis polisakarida larut air yang terhasil melalui proses penapaian kulat Sclerotium Rolfsii. Ia bertindak sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit anda.

Biosaccharide Gum-1: Bahan ini adalah sejenis polisakarida atau karbohidrat yang bertindak memelihara kelembapan dan kelembutan kulit.

PEG-40 Minyak Castor Terhidrogenasi: Minyak yang terhasil dari biji buah jarak ini bertindak memelihara kecantikan kulit serta membantu mencegah masalah radang dan jangkitan kuman yang boleh merosakkan kulit. Di samping itu juga, ia turut berkesan untuk memudarkan kesan parut, merawat masalah jerawat, kulit kering serta kerosakan akibat pancaran cahaya matahari. Minyak castor juga bertindak menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seterusnya mengurangkan kesan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping membantu memelihara kelembutan serta keremajaan kulit anda.

Sodium EDTA: Sodium EDTA (asid Ethylenediaminetetraacetic) berfungsi sebagai bahan pengawet dan penstabil di dalam produk ini di samping membantu memulihkan kerosakan pada sel kulit.

Allantoin: Allantoin merupakan sebatian organik yang berperanan menggalakkan pemulihan sel tubuh dan mengekalkan kehalusan kulit di samping mengatasi masalah luka, kesan terbakar, dan parut.

Polyoxyethylenated: Sebatian ini bertindak sebagai bahan penstabil bagi produk kecantikan dan penjagaan diri seterusnya membantu melarutkan ramuan di dalam produk ini.

Alkylphenol: Alkylphenol adalah sebatian organik yang bertindak membentuk tekstur dan struktur kandungan produk ini.

Sorbitan Monolaurate: Sebatian ini merupakan campuran asid lemak asid laurik dan polyol yang bertindak sebagai bahan pengawet bagi membantu melindungi kandungan produk ini daripada kerosakan.

Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada kerosakan akibat jangkitan bakteria.

Ethylhexylglycerin: Sebatian yang terhasil daripada gliserin ini bertindak sebagai bahan pengawet semulajadi di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Chlorphenesin: Chlorphenesin merupakan sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antikulat dan antibakteria. Oleh itu, ia sering bertindak sebagai bahan pengawet yang melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada kerosakan.

Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi menambahkan lagi aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.

CARA PENGGUNAAN CHRISZEN TUBE MASK

     Keluarkan topeng muka dari tiub.
     Letakkan pada keseluruhan wajah.
     Biarkan selama 25 minit.
     Tanggalkan topeng atau mask dengan perlahan-lahan.
     Tepuk kulit wajah dengan jari sehingga ia menyerap kesan serum menyerap ke 
     dalam kulit.
     Kesan serum Chriszen Tube Mask tidak perlu dibilas.
     Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.

TesTimoni




Ready Stock 

BERMINAT?? CEPAT2 CALL/SMS/WHATS APP 
De Iras Zie Beauty 013-3456250 / 012-2216093 

ATAU TERUS DATANG KEDAI 

De Iras Zie Beauty Lot G-19, Ground Floor, 
Anggerik Mall Jalan 14/8, Seksyen 14 
40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan 
Tel 013-3456250 / 012-2216093 
www.deirasziebeauty.blogspot.com deirasziebeauty@gmail.com



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...