Dec 29, 2015

De Iras Zie Beauty - Profil Syarikat



OBJEKTIF 
Membina ekonomi ummah berdikari.Membina kesihatan & kecantikan secara semula jadi.Menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik serta lebih mudah untuk lebih sukses. 

VISI 
Membina pasaran global.Membina pengedar / usahawan supaya mencapai kemerdekaan kewangan.Menjadi pengeluar dan pengedar produk alternatif yang memberikan sumbangan besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat, tanpa memberi risiko atau tanpa kesan sampingan terhadap pengguna dan dengan harga yang berpatutan.

Pengenalan 
De Iras Zie Beauty memulakan perniagaan pada tahun 1988 sebagai agen jualan dan pembekal produk kesihatan, kecantikan dan herba.  Perniagaan ini terus berkembang apabila syarikat berjaya menjadi pembekal kepada syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yang populor dan berjenama seperti Jelitayu, Beauty Umaira, Yusmira, Sendayu Tinggi, Jamu Mak Dara banyak lagi.

De Iras Zie Beauty adalah syarikat Bumiputra dan di terajui oleh Azizah bt Mohamed Ali Piah selaku pemilik berusaha keras dalam memajukan perniagaan ini. Antara usaha yang sedang dan akan dilakukan secara berterusan seperti mengenal pasti produk yang berpotensi dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, mempromosi produk yang sedia ada samada melalui media cetak, media eletronik maupun alam maya.  

Perkhidmatan 
Menjual secara borong dan runcit perbagai produk kesihatan tempatan dan luar negara. Pelanggan boleh mendapatkan perbagai produk kesihatan, kecantikan dan herba di premis perniagaan kami, De iras Zie Beauty, G-19 Anggerik Mall, Jalan 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam. Pihak kami juga ada membuat penghantaran melalui perkhidmatan kurier (Pos) yang membuat pembelian melalui talian atau pun pesanan melalui internet.

Matlamat kami 
De Iras zie Beauty berhasrat mengembangkan lagi perniagaan yang mempunyai potensi yang baik ini dengan menambah stok dan seterusnya meningkatkan jualan dengan cara menerokai pasaran baru di seluruh negara. Kami juga berhasrat untuk menambah modal pusingan dan seterusnya menjadi pengeluar produk pada masa hadapan.

Alamat Kedai : 
De Iras Zie Beauty 
Bangunan Anggerik Mall, MARA, 
Lot G-19, Anggerik Mall 
No. 5, Jalan 14/8, Seksyen 14 
40000 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan.     
                                                                      
Tel No: 013-3456250 / 012-2216093 
Email:  deirasziebeauty@gmail.com 
























No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...