2

1

Produk Muslim. MyShine GlutaGen Berries ++ Vit E. Menyerlahkan Kejelitaan, Keceriaan & Kelansingan.

Dec 1, 2009

De Iras Zie Beauty - Address

De Iras Zie Beauty Banggunan Anggerik Mall, Lot G-19, Ground Floor No. 5, Jalan 14/8, Seksyen 14,               
 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Tel No : 013-3456250 / 012-2216093

 Email : ziemat@gmail.com

Feb 11, 2009

SET BERSALIN IBU HALIMAH MAK DARA






1. Jamu Mak Dara (Serbuk)

Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara ke dalam setengah cawan air panas. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum air Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu. Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan

2. Bengkung
Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kain nya yang lebih tahan lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.

Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas. Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu Losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Disarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi lanjut ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.

Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengmbalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

3. Jamu Mak Dara (Kapsul)
Ambil 2 butir kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timun, buah kundur dan lain-lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh-boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika diambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

Khasiat
Khasiat Jamu Mak Dara ialah untuk membuang toksik dalam badan, menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, menambah nafsu syahwat, mengembalikan tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak, menurunkan berat badan, mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda.Pemakanan dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar ke luaran tubuh wanita.

4. Rempah Mandi
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. Ambil tiga cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehla ditambah dengan air yang baru.Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.

5. Losyen Ibu Halimah
Digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk-kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

6. Tungku Herba Kukus
Tungku herba ini diperbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panaskemudian tuam pada bahagian yg mengalami masalah.

Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Khasiat
Digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada tubuh. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.

7. Pilis
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Pilis digunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yg biasa di alami ibu-ibu baru lepas bersalin.

8. Bedak Sejuk
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher, dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan-kesan hitam.

Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu. Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit.

Agar muka tampak lebih bersih, oleskan sedikit air pada bedak sejuk yang telah kering di kulit dan gosokkan perlahan-lahan seperti menggosok lulur.

Cuci muka dan bahagian yang berkenaan dengan air sehingga bersih.

Khasiat
Bedak sejuk digunakan untuk menghilangkan ruam pada muka, dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.

SET BERSALIN IBU HALIMAH MAK DARA

Harga: RM350.00 Set bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan, manakala bengkung yang disediakan adalah mengikut bengkung tradisional Melayu. Set ini adalah lengkap untuk penggunaan 44 hari tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi:-
1. Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
2. Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
3. Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
4. Pilis 1 bekas 200 gram
5. Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
6. Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
7. Bengkung 1 helai
8. Tungku Kukus Berherba 1 unit
Sesiapa yang berminat boleh hubungi Azizah 013-3456250 / 012-2216093 atau email ziemat@gmail.com

Jan 22, 2009

Nureen's Sleeming Collagen



Nureen’s Sleeming Collagen (Muda, Cantik, Langsing) - Kombinasi 3 dalam 1 iaitu Collagen + Fiber + Vitamin C membantu anda kelihatan muda,
cantik dan langsing Keistimewaan: - Membantu menurunkan berat badan dan mengatasi masalah perut buncit tanpa perlu kerap
ke tandas.
- Membantu melangsingkan badan agar kelihatan ramping dan menawan.
- Membantu kulit menjadi lebih lembut dan gebu dalam masa yang singkat.
- Membantu menjadikan kulit lebih sekata dan cerah.
- Menjadikan wajah kelihatan muda dan anggun.
- Membuat badan menjadi lebih ringan dan membantu menghilangkan rekahan tumit kaki.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Harga : Rm55.00 untuk 15 hari. Untuk mendapatkan produk boleh hubungi saya Azizah 013-3456250 / 012-2216093 atau email ziemat@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...